INILAH 5 TANDA HATI YANG TENANG, DIRAHMATI ALLAH S.W.T

 

Islamiqpos - Hati memainkan peranan paling penting menentukan harian kita. Hati yang gelisah dipagi hari, seharian kita akan rasa gelisah dan menjadi murung. Hati yang tenang, hati yang paling diingini. Tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Kerana itu ramai orang kaya yang mengalami masalah hati walau duit berjuta.

Apa yang berlaku disekeliling kita akan mempengaruhi hati dan perasaan kita. Mampukah hati melawannya? Bagaimana ingin merawatnya? Bagaimana ingin dapatkan hati yang tenang. Hanya hati yang dirahmati Allah s.w.t. yang mampu menangani masalah, mampu tenang dan tidak dipengaruhi oleh kelilingnya.

Adakah hati kita dirahmati Allah. Jum semak senarai dibawah ini.

1. Sangat mudah memahami

Allah membuka hati untuk memahami takdir atas apa yang berlaku. Apabila kita memahami, hati tidak berduka dan gelisah. Suka atau tidak suka, kita akan kembali kepada Allah. Tidak menyalahkan apa yang terjadi. Memahami sesuatu memudahkan kita menyelesaikan masalah.

Contohnya kelemahan dan kekurangan pasangan kita. Andai kita memahami dan menerima kekurangannya, kita akan mudah memaafkan dan melupakannya

2. Mengingati nikmat Allah semasa dan selepas diuji Allah s.w.t

Ketika berlaku masalah atau musibah, terasa dunia menjadi sempit dan amat sukar. Kita akan asyik dengan memikirkan perkara itu. Hati yang baik akan mengingati nikmat lain yang lebih banyak berbanding masalah yang terjadi. Masih banyak lagi nikmat yang sedang diperolehi. Hati akan memikirkan tentang orang lain yang lebih susah.

Contohnya punyai anak yang nakal. Memikirkan ada pasangan yang berusaha untuk punyai anak bertahun-tahun tetapi
tidak dikurniakan menimbulkan rasa syukur di hati

3. Hati yang hidup dan sedar Allah s.w.t memberi yang terbaik buat hambanya

Hati yang mati adalah umpama orang yang mati, menjadi tidak sensitif dan tidak peduli lagi kelilingnya. Hati yang hidup, akan wujud kesedaran yang sangat kepercayaan dan keyakinan Allah memberi yang terbaik untuk kita.

Andai Allah s.w.t tidak memberi bukan kerana kedekut tetapi kerana Allah s.w.t menyayangmu. Allah s.w.t menahan sesuatu pemberian kepada kita sebenarnya itu juga adalah pemberian. Bagi mereka yang sedar akan mempercayai penahanan atau pemberian, itulah terbaik buatnya.

4. Pengetahuan atau kesedaran Allah melihat kelakuan kita

Apabila merasa ada memerhatikan kita akan dapat bersabar, mampu tempuhi kesusahan. Andai tidak dapat merasai Allah s.w.t melihat, kita akan protes dan tidak mampu bertahan.

5. Hati yang selalu rasa dapat melihat keindahan Allah s.w.t

Hati seakan dapat melihat keindahan dan keagungan Allah s.w.t. Umpama cerita nabi Yusuf. Beberapa wanita terpegun dengan nabi Yusuf sehingga tidak menyedari terpotong jarinya. Tidak lagi berasa kesakitan. Andai hati terpegun dengan keindahan Allah, segala duka dan kesakitan seakan tidak terasa.

Adakah hati kita punyai ciri-ciri ini? Jum pupuk dalam hati dengan mencari ilmu bagaimana untuk mendapat rahmat Allah s.w.t ini. Jum berdoa moga diberi hati yang tenang.

Petikan dari : Ustazah Norhafizah Musa

Sudilah kiranya sahabat semua untuk menyebarkan artikel ini semoga berguna dan bermanfaat untuk yang lain

Sumber :http://mynetwork1988.blogspot.com/2015/12/5-tanda-hati-yang-tenang-dirahmati.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " INILAH 5 TANDA HATI YANG TENANG, DIRAHMATI ALLAH S.W.T "

Poskan Komentar